Khamis, 11 Februari 2010

Product untuk Pengidap Kencing Manis(Diabetes)











Peria Katak (Small Momordica Charantia) Plus bertindak sebagai insulin semulajadi kerana mengandungi bahan aktif karantin (suatu campuran steroid saponin), momordisin, alkaloid dan polipeptida (p-insulin) yang berkesan untuk menurunkan kandungan gula di dalam darah (tindakbalas hypoglycemic).
Ia juga dapat merangsang rembesan insulin pankreas, menggalakkan penyimpanan glikogen oleh hati dan memperbaiki pengambilan glukosa peripheral.
Herba-herba pelengkap lain ditambah dalam kuantiti tertentu untuk menguatkan keberkesanan herba asas, mempercepatkan penyerapan bahan aktif oleh badan, menyelaras dan menyeimbangkan tindakan herba-herba dan menyediakan lain-lain zat.

Setiap kapsul mengandungi campuran ekstrak pati herba Fructus Momordica plus 650 mg bersamaan dengan 3090 mg herba mentah yang dikeringkan.

Khasiat: Membantu menurunkan kandungan gula di dalam darah dan mengurangkan gejala-gejala seperti sering haus, luka yang sukar sembuh dan kerap membuang air kecil.

Penggunaan: Ditelan secara teratur 2 kapsul, 2 kali sehari setengah jam selepas makan. Pengambilan boleh ditingkatkan 3 atau 4 kali sehari @ 2 kapsul, atau mengikut keperluan. Untuk pencegahan, ambillah 2 kapsul sehari. Sila ambil sebelum / selepas 2 jam pengambilan ubat lain.

Cadangan: Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan bergula. Banyakkan makan sayuran.

Amalkan secara berterusan kapsul Peria Katak Plus sekurang-kurangnya selama 3-5 minggu untuk kesan yang lebih sempurna.
Ini adalah persediaan tradisional semulajadi. Dapatkan nasihat doktor jika penyakit berterusan.

Rujukan :

1: Natural Product Research. 2008;22(13):1112-9. Hypoglycaemic activity of saponin fraction extracted from Momordica charantia in PEG/salt aqueous two-phase systems. Han C, Hui Q, Wang Y. School of Pharmacy, Shandong University of Traditional Chinese Medicine, Jinan, PR China. sdscipaper@126.com
2: Diabetes Research and Clinical Practice. 2008 Aug;81(2):134-43. Epub 2008 Jun 11. Effects of Momordica charantia on insulin resistance and visceral obesity in mice on high-fat diet.. Shih CC, Lin CH, Lin WL. Department of Nursing, College of Nursing, Central Taiwan University of Science and Technology, 11, Po-Tze Lane, Takun, Taichung, Taiwan, ROC. ccshih@ctust.edu.tw
3: The British Journal of Nutrition. 2008 Oct;100(4):751-9. Epub 2008 Mar 5. Momordica charantia (bitter melon) reduces plasma apolipoprotein B-100 and increases hepatic insulin receptor substrate and phosphoinositide-3 kinase interactions. Nerurkar PV, Lee YK, Motosue M, Adeli K, Nerurkar VR. Laboratory of Metabolic Disorders and Alternative Medicine, Department of Molecular Biosciences and Bioengineering, College of Tropical Agriculture and Human Resources, University of Hawaii at Manoa, Honolulu, HI 96816, USA. pratibha@hawaii.edu
4: Indian Journal of Experimental Biology. 2007 Dec;45(12):1055-62. Regeneration of beta cells in islets of Langerhans of pancreas of alloxan diabetic rats by acetone extract of Momordica charantia (Linn.) (bitter gourd) fruit. .Singh N, Gupta M. Environmental Endocrinology and Biomedical Research Unit, Department of Zoology, Meerut College, Meerut 250 003, India. n27singh@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan